Wednesday, 8 April 2015

Karangan

Kesunguhan Raih Kecermerlangan

Setiap manusia di atas muka bumi ini ingin meraih kegemilangan. Tetapi, setiap kegemilangan yang diraih bermula dengan satu kesungguhan. Tidak kira kesungguhan dari aspek perubahan cara penampilan diri atau aspek-aspek lain.

Pada zaman dulu, kita di sawah, di kebun dan kita hanyalah nelayan kecil di lautan. Tetapi sekarang, anak Malaysia kita sudah Berjaya sampai ke angkasa lepas. Ini semua berpunca daripada satu kesungguhan. Institusi pendidikan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ilmu yang ada sudah tersedia untuk dicurahkan kepada generasi-generasi muda. Tetapi, ini semua bergantung kepada kesungguhan untuk mengecapi kegemilangan.

Terdapat empat cara untuk meraih kegemilangan. Tips yang pertama ialah, komitmen 100%. Setiap orang yang Berjaya selalunya memilki komitmen sebanyak 100%. Oleh itu, hasil yang diperoleh mereka juga 100%. Jika komitmen setiap orang hanya 60%, maka hasil yang diperoleh juga setimpal dengan komitmen mereka.

Selain itu cara yang kedua ialah, cari penyelesaian dan bukan alasan. Jika kita dilanda masalah secara negative, kita akan mencari alasan. Tetapi jika kitta dilanda masalah secara positif, kita akan berusaha untuk keluar daripada masalah tersebut, walau apa jua cara penyelesaian tersebut.

Cara untuk meraih kegemilangan yang ke tiga ialah, keluar daripada kegelapan. Jika kita hendak meraih kegemilangan, kita haruslah mencuba sesuatu yang baru. Kita juga hendaklah meneroka bende yang baru. Kerana pencarian kalam tidak akan berhenti.

Seterusnya cara yang terakhir ialah, jangan pernah berhenti dari mencari ilmu. Kerana ilmu tidak aka nada penghujungnya. Dengan ini, kita hendaklah bertanya kepada orang-orang yang berilmu sekiranya kita tidak , mengetahui. Kerana sesungguhnya kita tidak mahu memiliki istilah rugi.

Natijahnya, masih belum terlambat lagi untuk kita mencari kalam. Carilah ilmu selagi kita mempunyai peluang tersebut, kerana peluang hanya datang sekali. Jika kita tidak merebut peluang tersebut, pada hari tua, waktu-waktu yang telah pergi dikenang  kembali. Oleh itu, janganlah kita kerap mengelamun, kelak khazanah akan disamun. Janganlah kita pandang kebelakang dan janganlah kita berfir ke belakang. Oleh itu, sentiasalah kita bersungguh-sungguh untuk meraih kegemilangan

No comments:

Post a Comment